Sunday 18 August 2013

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN KHATAM AL QURAN TAHUN 2013/1434 H

SK Sungai Lesong akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri dan Khatam Al Quran peringkat sekolah pada 20 Ogos 2013 (Selasa) bertempat di Dewan SKSL bermula pada pukul 7.30 pagi. Antara pengisian utama program ialah majlis khatam al Quran oleh murid-murid SKSL, jamuan Aidilfitri, persembahan murid dan penyampaian hadiah.

Untuk menghidupkan suasana Hari Raya dan memeriahkan lagi majlis, semua guru dan murid dikehendaki memakai pakaian Hari Raya. Semoga majlis akan berjalan dengan lancar dan menggembirakan semua yang terlibat.


No comments:

Post a Comment