Sunday 7 September 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2014 KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 SKSL


Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid Tahun 6 SKSL yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2014 pada 9 hingga 11 September 2014. Semoga anda berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Amin.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE-57


Thursday 29 August 2013

SKSL KEHILANGAN 2 ORANG GURU YANG DISAYANGI


Tn. Hj. Mohd Hanif bin Yunus

Cik Nurhayati binti Abd. Ghani @ Rani

Warga SK Sungai Lesong sekali lagi dirundung kesedihan apabila dua orang gurunya yang disayangi iaitu Guru Besar, Tn. Hj. Mohd Hanif bin Yunus dan Cik Nurhayati binti Abd. Ghani @ Rani akan pergi meninggalkan SKSL. Tn. Hj. Mohd Hanif akan bertukar ke PPD Batang Padang, manakala Cik Nurhayati pula akan bercuti selama 2 tahun untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di UKM. Selepas kehilangan tiga orang guru sebelum ini atas alasan pertukaran dan kenaikan pangkat, perpisahan terbaru ini menjadikan SKSL telah kehilangan 5 orang guru sepanjang tahun 2013.

Banyak jasa yang telah ditaburkan oleh kedua-dua orang guru ini kepada SKSL. Misalnya, di bawah pentadbiran Tn. Hj. Mohd Hanif, SKSL telah berjaya memperolehi tempat ke-2 terbaik keseluruhan bagi sekolah-sekolah Daerah Batang Padang di dalam keputusan UPSR 2012. Cik Nurhayati pula dikenali sebagai seorang ustazah yang mesra pelajar, berdedikasi dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam apa jua tugas yang disandang.

Warga SKSL ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Tn. Hj. Mohd Hanif bin Yunus dan Cik Nurhayati bt. Abd. Ghani @ Rani. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian berdua. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan demi kecemerlangan SKSL. Jangan lupakan kami di sini. Semoga berjumpa lagi. 

  

Sunday 18 August 2013

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN KHATAM AL QURAN TAHUN 2013/1434 H

SK Sungai Lesong akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri dan Khatam Al Quran peringkat sekolah pada 20 Ogos 2013 (Selasa) bertempat di Dewan SKSL bermula pada pukul 7.30 pagi. Antara pengisian utama program ialah majlis khatam al Quran oleh murid-murid SKSL, jamuan Aidilfitri, persembahan murid dan penyampaian hadiah.

Untuk menghidupkan suasana Hari Raya dan memeriahkan lagi majlis, semua guru dan murid dikehendaki memakai pakaian Hari Raya. Semoga majlis akan berjalan dengan lancar dan menggembirakan semua yang terlibat.